Selamat Datang

Sistem e-Integriti ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan objektif untuk menyediakan medium menerima aduan salahlaku pelanggaran etika organisasi daripada orang awam. Semua aduan akan diambil tindakan dari Jabatan/ Agensi dibawah MOT dan maklumat pengadu akan dirahsiakan.

Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan Malaysia ditubuhkan selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Penubuhan unit ini adalah bagi menyepadukan semua pengurusan hal-hal berkaitan dengan integriti supaya inisiatif-in​isiatif pengistitusian integriti, pencegahan, pematuhan, pengesanan salah laku dan tindakan punitif dapat dilaksanakan secara fokus, terancang dan efisien. Salah satu fungsi unit ini ini adalah mengesan dan mengesahkan aduan salah laku kakitangan dan pelanggaran tata kelakuan serta etika organisasi.